Press "Enter" to skip to content

Dewan Wilayah Persekutuan MDN bermesyuarat rancang program tahunan

Majlis Dakwah Negara (MDN) baru-baru ini telah mengumpulkan semua 9 Ahli Jawatankuasa Dewan MDN di Wilayah Persekutuan untuk bermesyuarat bagi membentangkan perancangan jangka pendek dan panjang bagi tahun 2020 kepada jawatankuasa MDN Pusat.

Mesyuarat yang diadakan itu di Pengerusikan oleh Pesuruhjaya MDN Dato Md Isa Hussin.

Turut hadir Pengerusi MDN Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Timbalan Pengerusi 1 Prof Dato Zakaria Semela; Naib Pesuruhjaya 1 MDN Wilayah Persekutuan Dato Ibrahim Saad dan Setiausaha 1 MDN Wilayah Persekutuan Mejar Rizal Hassan, Setiausaha 2 Azrina Toman dan Setiausaha 3 Prof Dr Mashitah Sulaiman.

Wakil Dewan-dewan yang hadir adalah Pengerusi Dewan Masjid Prof Dr Emir Feisal; .Pengerusi Dewan Belia Nan Noorhidayu Megat Laksana; Pengerusi Dewan Dakwah Abu Hassan Al Ashaari; Pengerusi Dewan Pendidikan Harriz Zainal Abidin; Pengerusi Dewan Cheng Ho Amran Abdullah.Timbalan Pengerusi Dewan Politik Haron Mohd Yusof; AJK Dewan Cheng Ho Dalilah Bee Abdullah; AJK Dewan Politik dan Ekonomi Marlina Wong; AJK Dewan Masjid Muhammad Syakir Mohd Zaki.

Turut dijemput Wakil Perhubungan Luar Majlis Ulama Kemboja Basari Zakaria sebagai pemerhati.

Dalam ucapannya Dr Mahmood Zuhdi menekankan kepentingan pemimpin-pemimpin Dewan untuk mendalami kemahiran berorganisasi dalam media sosial.

Katanya, dengan ahli kumpulan yang pelbagai peringkat umur dan latarbelakang sudah pasti berlaku perbezaan pandangan.

Namun katanya, tanggungjawab Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 Dewan-dewan Wilayah Persekutuan perlulah memantau ahli dan menyebarkan doktrin perjuangan MDN yang sebenarnya di dalam kumpulan media sosial yang diwujudkan oleh setiap dewan.

“MDN bukan alternatif seperti NGO lain tetapi MDN adalah pengikat kepada semua NGO dan dikalangan masyarakat umumnya.

“Mereka itu adalah, kita semua. Sudah pasti perjuangan MDN tidak terarah kepada rasisme, sentiasa bersikap terbuka, menerima perbezaan pandangan dan berperanan untuk menyatupadukan ummah.

“Jika perkara itu tidak berlaku, ia akan membawa kepada kepincangan dan akan berlaku pergeseran politik dan pembangunan bangsa

“Oleh itu sangat penting semua pemimpin dan ahli MDN sentiasa mendampingi semua pihak di dalam negara ini melalui pelbagai platform komunikasi,” ujarnya.

Mesyuarat yang berlansung selama empat jam itu diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di Gombak.

Di bawah MDN Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan secara rasmi 9 Dewan iaitu Dewan Dakwah, Dewan Politik, Dewan Belia, Dewan Wanita, Dewan Cheng Ho,Dewan Ekonomi, Dewan Pendidikan, Dewan Masjid dan Dewan Sosio Budaya.

Kesemua Dewan-dewan ini aktif berkomunikasi menerusi kumpulan whatapps yang diwujudkan oleh setiap dewan.

One Comment

  1. Rizal Hn December 31, 2019

    Alhamdulillah, semoga apa yang dirancang akan terlaksana sepanjang tahun 2020, yang menjadi pemangkin kepada segala usaha Dakwah Dan peneraju Perpaduan Ummah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *