Press "Enter" to skip to content

Projek Sedekah MDN dilancarkan menerusi zen-charity.net

Majlis Dakwah Negara (MDN) kini melangkah setapak lagi dalam usaha untuk meningkatkan peranan majlis ini sebagai penggerak kepada aktiviti dakwah dengan mewujudkan Projek Sedekah MDN dalam usaha pengumpulan dana lebih terancang menerusi media sosial.

Pengerusinya Prof Emeritus Dato Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, dengan pelancaran Projek Sedekah MDN selain bertujuan mengukuhkan gerak kerja MDN, ia juga mengembangkan usaha dakwah dengan niat untuk menyatukan semua pendakwa di bawah satu payung bagi tujuan menguatkan lagi aktiviti yang dirancangan.

“Visi kami adalah memberi tumpuan kepada memperkasakan dan membangunkan umat Islam dengan berkongsi kasih sayang dan ketinggian agama Islam di negara ini.

“Ini kerana seorang yang beragama Islam sewajarnya menunjukan belas ihsan, kasih sayang,toleransi dan positif demi menyumbang dana kepada masyarakat yang memerlukan,” ujarnya dalam prakata yang dipetik daripada laman sesawang zen-charity.net.

Laman sesawang zen-charity.net ini adalah sebuah pentas digital sebagai penghubung antara penyumbang dan MDN untuk bersama mengumpul dana dan mengerakkan Projek Sedekah MDN yang lebih bersistematik dan telus.

Menurut Dato Paduka Dr Mahmood Zuhdi lagi, menerusi Projek Sedekah MDN adalah salah satu platform di mana penyumbang dapat menikmati kebaikan amal.

“Sedekah akan memberikan perasaan ketenangan dan kedamaian kepada diri sendiri. Ia juga merupakan platform untuk meningkatkan rezeki dan peroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.

“Projek Sedekah MDN ini menggunakan teknologi seumpamanya yang pertama untuk mengesan aliran derma dan dapat memaklumkan aliran dan terkumpul dan penggunaan dana kepada penderma.

“Kini semua masyarakat berpeluang untuk bersama dengan MDN, menerusi Projek Sedekah MDN tanpa keraguan.

“Justeru saya berharap semua pihak bersama-sama MDN untuk menjadikan kehidupan seluruh masyarakat Islam di Malaysia lebih baik dan maju,” ujarnya.

Zen-charity.net adalah satu-satunya pautan yang digunakan bagi tujuan mengumpul dana MDN di dalam Projek Sedekah MDN ini.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *