Press "Enter" to skip to content

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-62

Majlis Dakwah Negara (MDN) ingin mengucapkan kepada seluruh warga negara Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-62 pada 31 Ogos 2019.

Memetik kata bapa kemerdekaan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj beliau, pernah berkata, semangat Kebangsaan itu seperti ‘baja’ untuk menyuburkan kemerdekaan yang dicapai.

“…merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga…”

Dengan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini semua pihak harus menjauhi fahaman kebangsaan yang sempit, amalkan toleransi dan mengeratkan tali persahabatan antara kita dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilangan kaum dan agama.

Tidak salah mempunyai pandangan yang berbeza tetapi apabila rakyat dan negara berhadapan dengan anasir yang datang dari luar mahupun dalam, kita seharusnya lebih bersikap patriotik untuk sedia bersatu hati bersama mempertahankan bangsa dan agama agar semua rakyat dapat menyumbang kepada sebuah negara yang jauh lebih aman, bersih dan maju.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *