Press "Enter" to skip to content

DIRGAHAYU TUANKU

Pada kesempatan ini  saya atas nama diri sendiri dan para pemimpin Majlis Dakwah Negara (MDN) serta para ahli dan pendukungnya ingin mengambil kesempatan untuk menjunjung duli merafak sembah ucapan tahniah kebawah Duli Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah dan Seri Paduka Baginda  Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandar  sempena dengan Pertabalan Baginda berdua  masing-masing sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke enam belas bagi negara kita Malaysia yang tercinta ini.

Sebagai Raja yang memerintah, kami daripada MDN sentiasa  berdoa ke hadhrat Ilahi agar Baginda berdua berpanjangan mendapat perlindungan daripada Allah samada dalam kehidupan peribadi mahupun dalam urusan sebagai pemerintah. Mudah mudahan Allah sentiasa menambah kedaulatan baginda berdua sebagai payung rakyat dan pasak negara.

Sebagaimana maklum, salah satu objektif utama perjuangan MDN adalah memperkukuh kedudukan Raja-Raja berpandukan cogan kata “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” dan bersendikan pepatah Melayu “Ibarat Aur Dengan Tebing,” saling perlu dan saling mengukuh antara satu sama lain.

MDN juga sentiasa berdoa  agar Baginda berdua berpanjangan berada dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga anaknda Baginda berdua Yang Teramat Mulia Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah dan seluruh ahli keluarga Baginda yang lain. Amin Ya Rabbal Alamin

Daripada: Prof. Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *